Monday, June 13, 2011

bukah telefon bimbit jer yang pintar...

Nasional Cetak . Emel Rakan .
Kurang kesedaran punca tiada MyKad


2011/06/14

PUTRAJAYA: Meskipun kerajaan membelanjakan jutaan ringgit setiap tahun bagi menampung kos mengeluarkan MyKad kepada pemohon, masih ramai yang belum mendapatkan kad pengenalan pintar yang dilancarkan penggunaannya pada September 2001.

Antara faktor yang dikenal pasti ialah kurangnya kesedaran di kalangan ibu bapa dan penjaga untuk menukar atau mendapatkan MyKad untuk anak mereka, pemegang kad pengenalan sudah lama menetap di luar negara atau sudah meninggal dunia tetapi tidak dilaporkan kepada pihak berkuasa.
Selain alasan terbabit, Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara, Datuk Alwi Ibrahim, berkata kedudukan lokasi kediaman pemohon yang jauh dari jabatan pendaftaran terdekat juga adalah antara faktor mereka tidak mendapatkan MyKad walaupun layak memohon.

“Sehingga April lalu, 28,320,764 MyKad sudah dikeluarkan kepada pemohon dan daripada jumlah itu, 19,4888,302 adalah pengguna aktif MyKad,” katanya kepada Berita Harian di sini, semalam.

Selain berperanan sebagai kad pengenalan diri, MyKad, yang menggabungkan teknologi cip dan biometrik terkini, juga boleh dilengkapi dengan maklumat lesen memandu, MEPS, Touch n’ Go, kad ATM dan maklumat kesihatan.

Penggunaannya adalah wajib bagi semua warga negara berumur 12 tahun ke atas dan mengikut Akta Pendaftaran Negara 1959 (pindaan 2001), sesiapa yang gagal menunjukkan kadnya apabila diminta pihak berkuasa boleh dipenjara sehingga tiga tahun atau didenda antara RM3,000 hingga RM20,000 atau kedua-duanya sekali.

Mengenai kes kehilangan MyKad, Alwi berkata, 1,358,197 MyKad gantian dikeluarkan sejak 2007 hingga 7 Mac lalu dengan jumlah tertinggi dicatatkan pada 2007 iaitu sebanyak 387,951 berbanding 359,477 (2008), 356,605 (2009), 198,105 (2010) dan 56,059 MyKad sehingga Mac 2011.
Katanya, penurunan jumlah kehilangan MyKad dipercayai berpunca daripada peningkatan kesedaran orang ramai mengenai penjagaan kad terbabit sebagai dokumen pengenalan diri yang penting.

No comments:

Post a Comment