Sunday, February 13, 2011

NIKAH 14/ DENGAN MAN = CERAI PUN 14/ DENGAN MAN LAH...

Hari Kekasih juga detik berpisah


2011/02/14

LIPAS berdesir Madagascar di kepala guru sains, Maria Palopoli, dicadangkan Zoo Bronx sebagai hadiah Hari Kekasih.
LIPAS berdesir Madagascar di kepala guru sains, Maria Palopoli, dicadangkan Zoo Bronx sebagai hadiah Hari Kekasih.
LONDON: 'Hari Valentine' atau Hari Kekasih kini mungkin boleh diraikan juga sebagai hari perceraian berikutan satu kajian menunjukkan lebih banyak pasangan yang memilih untuk bercerai pada tarikh 14 Februari.

Ketika ramai yang meraikannya dengan coklat, bunga ros dan hadiah, hari disifatkan paling romantik itu kini lebih banyak membabitkan peguam, dokumen dan lebih banyak bilangan pasangan yang memfailkan perceraian mereka pada tarikh 14 Februari yang meningkat sekitar 40 peratus sejak dua tahun lalu, lapor Daily Mail.
Berdasarkan laporan New York Post, satu data dikumpulkan Awo.com, sebuah laman web yang menawarkan populariti percuma dan profil peguam menunjukkan bahawa kadar berkenaan meningkat sejak dua tahun lalu.
“Sejak dua tahun lalu, kita menyaksikan kadar purata peningkatan sebanyak 40 peratus dalam jumlah permintaan peguam perceraian sekitar Hari Kekasih berbanding enam bulan lalu,” kata Mark Britton, pengasas dan ketua pegawai eksekutif Awo.

“Tambahan, bilangan persoalan mengenai perceraian meningkat 36 peratus ketika waktu yang sama.”

Peguam New Jersey, Cary Cheifetz memberitahu New York Post: “Saya melihat ia sebagai satu kombinasi demam kabin, orang ramai menantikan sehingga selepas cuti dan paling penting orang menantikan sehingga mereka mengetahui bonus dan situasi pendapatan pasangan mereka pada Tahun Baru.” – Agensi