Friday, December 17, 2010

GARA2 BN AGENT JEW?!

Tiga juta terganggu mental
Oleh Yusmawati Mhd Yusof
yusmawati@hmetro.com.my KUALA LUMPUR: “Isu kesihatan mental adalah isu yang amat besar dihadapi negara kerana mengikut kajian 2010, tiga juta rakyat Malaysia mengalami gangguan mental,” Ketua Pengarah Institusi Kefahaman Islam Malasyia (Ikim), Datuk Nik Mustapha Nik Hassan

Beliau berkata, isu yang sering dipandang remeh oleh segelintir masyarakat itu perlu ditangani bagi meningkatkan mutu kesihatan rakyat, sekali gus membolehkan negara mencapai Wawasan 2020.


Berikutan masalah itu yang boleh mengugat negara, katanya, Pusat Perundingan dan Latihan Institut Kefahaman Islam Malaysia (PPLI) menganjurkan Bengkel Pengurusan Tekanan Mental (Stress).


“Bengkel ini bertujuan memberi kemahiran kepada peserta mengenal pasti dan menangani tekanan pada diri dan membantu mereka yang lain untuk mengurangkan tekanan yang dihadapi,” katanya pada sidang media selepas membentangkan modul bertajuk ‘Pandangan Hidup Islami Mencegah Tekanan Mental, di sini.


Menurutnya, bengkel yang dihadiri 150 orang terdiri wakil organisasi dan individu daripada pelbagai peringkat usia itu turut menerapkan aspek pencegahan gangguan mental dari perspektif Islam.


“Melalui bengkel ini, Ikim memainkan peranannya supaya masyarakat khususnya yang beragama Islam memahami apa yang dimaksudkan dengan tekanan mental dan bagaimana cara mengatasinya melalui perspektif Islam.



“Tekanan mental adalah gangguan terhasil daripada kesihatan yang terganggu dengan penghayatan dalam hidup Islam dapat mengurangkan tekanan dan mereka yang terlibat perlu mengambil langkah proaktif dengan menjaga kesihatan,” katanya.


Nik Mustapha berkata dalam usaha mengatasi gangguan mental di kalangan masyarakat, Ikim akan membangunkan modul yang dibentangkan dalam bengkel berkenaan untuk dikembangkan ke pasaran umum dan akan dibangunkan dalam bentuk pendekatan Islam sesuai dengan peranan yang dibawa Ikim.


“Sebelum ini, kita sudah menganjurkan seminar kesihatan mental yang hanya disampaikan secara teori, tetapi melalui modul yang dilahirkan pada waktu ini dapat menghasilkan gerak kerja untuk mengatasi masalah secara praktikal.


“Modul ini akan dikembangkan untuk dipasarkan ke seluruh negara sama ada untuk agensi mahupun individu yang memerlukan bagi mengurangkan gangguan mental di kalangan masyarakat dan bagaimana Islam memainkan peranan,” katanya.

Wednesday, December 15, 2010

good job kln!

http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2010/12/16/nation/7632285&sec=nation

Wednesday, December 8, 2010

Monday, December 6, 2010

Thursday, December 2, 2010

syabas...

RapidKL perkenal bas khas wanita


2010/12/02
KUALA LUMPUR: Bas untuk wanita diperkenalkan oleh Rangkaian Pengangkutan Integrasi Deras Sdn Bhd (RapidKL) untuk memberi keselesaan dan memastikan keselamatan golongan itu sepanjang perjalanan ke destinasi masing-masing.

Ketua Pegawai Operasi Bas RapidKL, Datuk Mohamed Hazlan Mohamed Hussain, berkata Rapid Bas Wanita itu diperkenalkan selepas kerap menerima aduan daripada pengguna terutama wanita yang terpaksa berhimpit dan terdedah dengan gangguan seksual.
“Tempoh percubaan perkhidmatan ini dilaksanakan sebulan bermula semalam dengan melalui tujuh laluan utama pengguna. Dua bas tambahan disediakan masing-masing bagi perkhidmatan pagi bermula 6.45 pagi dan 7.30 pagi serta sebelah petang pada 6 petang dan 6.45 petang setiap hari.
“Perkhidmatan pagi membabitkan laluan U1 iaitu Hab Pinggiran Batu Caves; U8 (Hab Damansara Damai); U22 (Hab Sri Nilam); U40 (Hab Terminal Kajang); U60 (Hab Puchong Utama); U80 (Hab UiTM Shah Alam) dan U81 (Hab Subang Suria).

“Pada petang, bas akan melalui U1 (Hab Medan Pasar); U8 (Hab Medan Pasar); U22 (Hab Jalan Hang Lekiu); U40 (Hab Pasar Seni); U60 (Hab Pasar Seni); U80 (Hab Pasar Seni) dan U81 (Hab Pasar Seni),” katanya menerusi kenyataan di sini, semalam.

Katanya, penanda khas diletakkan di cermin depan, tingkap, pintu bas dan skrin elektronik bas bagi membezakan bas khas terbabit dengan bas RapidKL biasa.

“Walaupun bas berkenaan dikhususkan untuk wanita, kanak-kanak lelaki berumur bawah 12 tahun dibenarkan menaiki pengangkutan itu dengan ditemani wanita. Sepanjang tempoh percubaan ini, RapidKL akan melakukan tinjauan kepuasan pengguna bagi meningkatkan perkhidmatan ini pada masa depan.
“Maklumat lanjut hubungi talian bantuan RapidKL di 03-78852585 atau emel suggest@rapidkl.com.my atau twitter di MYrapidKL atau layari www.rapidkl.com.my,” katanya.

Thursday, November 25, 2010

tiada argentina rodeo rupa2nya seperti dijanjikan...

Pelbagai acara menarik nanti pengunjung MAHA


2010/11/26

SERDANG: Pengunjung Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Antarabangsa (MAHA 2010), yang bermula hari ini, berpeluang menyaksikan pertunjukan 20 penunggang profesional rodeo menunggang lembu dan kuda.

Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV), Datuk Dr Abd Aziz Jamaluddin, berkata sejak pertunjukan itu diadakan pada 2008, acara berkenaan berjaya menjadi salah satu daya tarikan utama pengunjung ke tapak pameran dwi-tahunan itu.
Click Here
“Kita menganggarkan lebih 100,000 pengunjung hadir ke Arena Rodeo untuk melihat sendiri acara menunggang lembu yang kebiasaannya ditonton di televisyen.
“Kita membawa 20 penunggang profesional dari Australia dan mereka akan menunjukkan kepakaran menunggang lembu dan kuda selain yang mampu menarik perhatian pengunjung,” katanya pada sidang media, di sini semalam.

MAHA 2010 yang berlangsung di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) selama 10 hari itu akan dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, esok.

Sementara itu JPV dalam kenyataan akhbar berkata, pihaknya akan menganjurkan acara lelongan ternakan bagi memberi peluang kepada penternak dan pembekal ternakan seperti lembu, kambing, bebiri dan kerbau menjual ternakan mereka melalui kaedah lelongan dengan harga berpatutan.

Acara lelongan berkenaan akan bermula jam 2 petang esok dengan harga pembukaan asas serendah RM300 bagi seekor bebiri jantan Dorper.

Wednesday, November 17, 2010

esok makan free...

http://www.sinarharian.com.my/com/content/story8418768.asp lepas jumaat!

http://www.sinarharian.com.my/com/content/story8419173.asp what time?

Monday, November 15, 2010

dah macam LIMA pulak... syabas MY! other program?

http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1116&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_02.htm

Tuesday, July 27, 2010

Friday, July 23, 2010

Wednesday, July 21, 2010