Monday, January 17, 2011

sejak2 nak pru 13...

Buat tempahan MAS ke Sabah menerusi iPhones


E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

PENERBANGAN Malaysia (MAS) memperkenalkan MHdeals Destination Sabah, aplikasi yang membolehkan pelanggan membuat tempahan penerbangan dengan nilai hebat menerusi telefon pintar, iPhones mereka.

Dalam satu kenyataan semalam, syarikat penerbangan nasional itu berkata, aplikasi berkenaan menyediakan akses kepada lapangan terbang dan memaparkan tawaran terbaik kepada pengguna. Naib Presiden Bahagian Strategi Komersil MAS, Dr Amin Khan berkata, pengenalan itu bukan saja menjimat dan memudahkan, malah membolehkan pelanggan mendapat maklumat terkini di hujung jari. “MAS adalah syarikat penerbangan pertama menggunakan realiti yang dipertingkat secara komersial sebagai saluran baru bagi jualan tiket. “MHdeals Destination Sabah ialah cara yang unik dan menghiburkan untuk mencari tawaran terbaik daripada MAS dan destinasi menarik di Sabah,” katanya di Kota Kinabalu, semalam.


Aplikasi itu antara usaha kerjasama antara MAS, Lembaga Pelancongan Sabah dan SITA Lab.

Diperkenalkan sempena pelancaran penerbangan terus MAS dari Kota Kinabalu ke Perth, syarikat penerbangan itu kini menawarkan tawaran serendah RM597 sehala bagi mereka yang memuat turun aplikasi baru MHdeals-Sabah.


MHdeals ialah aplikasi percuma yang boleh dimuat turun daripada gedung Apple App bagi membolehkan pelanggan memilih tawaran terbaik syarikat penerbangan dari lapangan terbang berhampiran.

No comments:

Post a Comment