Pelbagai acara menarik nanti pengunjung MAHA
2010/11/26
SERDANG: Pengunjung Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Antarabangsa (MAHA 2010), yang bermula hari ini, berpeluang menyaksikan pertunjukan 20 penunggang profesional rodeo menunggang lembu dan kuda.Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV), Datuk Dr Abd Aziz Jamaluddin, berkata sejak pertunjukan itu diadakan pada 2008, acara berkenaan berjaya menjadi salah satu daya tarikan utama pengunjung ke tapak pameran dwi-tahunan itu. “Kita menganggarkan lebih 100,000 pengunjung hadir ke Arena Rodeo untuk melihat sendiri acara menunggang lembu yang kebiasaannya ditonton di televisyen.
MAHA 2010 yang berlangsung di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) selama 10 hari itu akan dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, esok.
Sementara itu JPV dalam kenyataan akhbar berkata, pihaknya akan menganjurkan acara lelongan ternakan bagi memberi peluang kepada penternak dan pembekal ternakan seperti lembu, kambing, bebiri dan kerbau menjual ternakan mereka melalui kaedah lelongan dengan harga berpatutan.
Acara lelongan berkenaan akan bermula jam 2 petang esok dengan harga pembukaan asas serendah RM300 bagi seekor bebiri jantan Dorper.